Memelihara Amanah dengan Konsisten dengan Pengurusan yang Strategik

Setiap manusia itu, dibebani dengan amanah dan tugasan harian. Hatta tugas hakiki mahupun tugas kendiri atau tugasan luar jangka. Namun sejauh mana kita mampu menjinjing dan membawa setiap beban amanah itu dengan cara yang baik.

Kadang masa terlalu mencemburui kita, hingga tidak sedar masa berlalu terlalu pantas membatasi tugasan yang mempunyai tarikh luput kendiri.

Pengurusan yang strategik adalah kuncinya…

Sebelum memulakan kerja harian, mulakan dengan menyenaraikan kesemua tugasan. Kemudian senaraikan tugasan yang perlu disiapkan dengan cepat, disusuli dengan tugasan yang mempunyai masa yang agak panjang untuk disiapkan.

Memastikan tugasan itu siap dengan baik. Adalah dengan melakukan pemeriksaan semula bagi setiap kerja yang dilaksanakan.

Jika bekerja dalam bidang professional. Maka mencari MENTOR itu amat penting. Agar kerja yang kita laksanakan itu mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Melakukan kesalahan itu amat biasa…

Namun biasakan dengan membetulkan yang salah….

Usah biarkan yang salah itu berlegar-legar dalam lingkungan diri sendiri, tanpa merujuk kepada yang pakar akan tugasan mahupun kerja tersebut

Kadang ilmu yang kita pelajari membolehkan kita menambah pengetahuan tanpa sedar yang berguna untuk kelangsungan hidup dimasa akan datang

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian,

Tidak ada manusia yang sikit pun tidak belajar atau mempelajari sesuatu perkara,

TO BECOME COMPETENT, WE NEED TO LEARN MORE AND MORE….

Rasulullah SAW bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

MaksudnyaAjaibnya urusan seorang Mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik belaka. Dan hal itu tiada bagi seorang pun melainkan bagi orang Mukmin sahaja. Jika dia mendapat suatu perkara yang menyenangkan, dia bersyukur, maka itu ialah kebaikan baginya. Dan jika dia mendapat suatu perkara yang menyusahkan, dia bersabar, maka itu juga ialah kebaikan bagi dirinya. – Riwayat Muslim (2999)

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah [2:216]

Berapa sajalah ilmu yang kita pelajari, berbanding luasnya ilmu yang kita tidak ketahui,

Bak kata-pepatah ‘Setitis pengetahuan, selautan ilmu’

Never stop learning, because knowledge is a powerful weapon. You have to arm it!

Make time, organize your work, do submission on time and keep calm!

” Allah doesnt burden a soul beyond that it can bear” – Surah Al-Baqarah [2:286]

Published by BNORERAMA

Coffee lover! Hate hypocrite pals! I love traveling and sharing bits of knowledge!

Leave a comment